Khamis, 29 Julai 2010

You and Me - Eps 1

"Meena, mak ada tugas di TalentCamp!"

"Wow! Yeay! Apa-apa ajalah."


"Kamu tak berminat? Inilah peluang kamu untuk tonjolkannya sayang..."


"Mak, itu kem bakat. Saya bukannya ada bakat pun... Da..."


"Meen, kamu selalu menyanyi malam-malam. Ingat, mak belum pekak."


"Mak, suara saya tak sedap."


"Ikhlas. Sedap. Bukan dari mak untuk anak. Tetapi untuk penyanyi dengan pendengar. Ikhlas."

"Hmmm. Apa-apa ajalah."


"Sayang... Untuk mak?"

"Yelah, yelah... Tapi, untuk mak."

------------------------------------------------

"Omma, look what i found in my cat's wardrobe!"

"TalentCamp Brochure. No need to explain. I know what..."

"So, just sign me up!"

"Ok, let's see when i'm free."

"You're always free Omma. My mom seems to give you rests since we have no-more-mess robot. My father's invention."

"So, okay. Let's get goin'"

"Wait! Wait a mins."

Aizat mencapai telefon iPhone 3Gsnya

"Ma, baby nak sertai TalentCamp."

"Baby, ajaklah Omma pergi. Mama tengah sibuk sikit ni."

"Tapi, it needs a parent to tick the 'let' box."

"I just give Omma the permission to tick. Okay darling.."

"Alright mom. Alright."

------------a week later---------------

"Meen, bas kamu dah sampai. Sayang jangan lupa mak tau."

"Sayang? Eww... Gelilah."

"Ok, ok. Meen... Jangan lupa mak ya?"

"Tak dan Takkan."

Hon bas berbunyi.

"Mak, Meen pergi dulu ya?"

"Baiklah. Jaga diri baik-baik ya?"

"Hmm."

bas mula bergerak menuju ke rumah peserta kem terakhir. Aizat.

/.\/.\/.\/.\/.\/.\/.\/.\/.\/.\/.\

"Besarnya rumah. 10 buah kereta pun muat ni."

Dapat dilihat Meena seorang budak perempuan membawa 2 beg besar berwarna ungu.

"Dia ni nak pindah terus ke?" Fikir Meena.

Aizati terus menaiki limosin berwarna merah jambu di depan rumah jirannya. Belakang bas di depan rumahnya.

Apabila dia duduk di atas kusyen yang berada di tempat paling belakang, pemandi limosin itu bertanya, "cik siapa, ya?"

"Hello. Saya anak Datin Farizi . Peserta TalentCamp."

"Jadi, kenapa cik naik limo ni?"

"Sebab saya nak ke sanalah!"

"Tapi, saya pemandu Datin Mariam. Dari lapangan terbang."

Aizat tergamam.

Rasa malu mula menguasai dirinya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika itu.

'Dahlah bus driver tu tengok.' Kata hatinya.

Dengan muka tidak bersalah, dia turun dari limo itu dan naik ke bas. Dengan memakai sehelai kain jarang berwarna hitam menutupi mukanya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Meena.

Tanpa rasa bersalah, Meena menarik kain yang menutupi muka Aizat.

"Ai! Ai anak Datin Farizi!" salah seorang dari penumpang bas itu menjerit.

Semua orang menoleh dan semuanya mengerumuni Aizat.

"SORRY!" Ucap Meena sebelum dia memanjat kerusi dan mendekati pemandu bas. Dia membisikkan sesuatu kepada pemandu itu.

Kemudian, bas tersebut bergerak dan menyebabkan semua peserta yang mengerumuni Aizat terjatuh dan duduk di tempat mereka.

Kemudian, Meena kembali ke tempat duduknya.

"Wow!" Dia dapat melihat baju yang dipakai Aizat terkoyak. Besar!

"Kenapa ni?"

"It's all because of You!!"

"Sorila... Saya tak tahu awal Aizat."

"Call me Ai, please!"

"Saya jahit baju awak. Meh sini."

"Takkan nak buka kat sini kut?"

"Alah, buka ajalah."

Aizat membuka bajunya dan Meena menghulurkan baju t 'I Love Farm'.

"Apa ni?"

"Pakai ajalah. Sekejap saja."

"Malu!"

"Awak tak nak pakai baju ke?"

"Bau!"

"Kejap saja! saya jahit baju awak. Nanti tak jadi pula."

"Yelah, yelah."

Meena pun mengoyak baju Aizat.

"What the hell are you doing?!!!?"

"Tunggu dan lihat."

----------------------------------------------------------------

"Aizat, Aizat. Bangunlah. Kita dah sampai ni."

"Ha?"

Aizat bangun. Dilihatnya ada sehelai baju yang coraknya seakan-akan sama dengan bajunya yang terkoyak. Dapat dilihat, Meena tersenyum dan terus turun dari bas.

"Cantiknya..."

Dia terus bangun. Semasa dia ingin mencapai begnya. Ianya tiada di tempat dia meletaknya.

"Mana pula ni?!"

Aizat tercari-cari begnya.

"Aaaarghhh!!" Jeritnya nyaring.

"Cik, saya ada banyak lagi kerja ni. Silalah turun ya."

"Beg saya!"

Meena yang memerhati Aizat dari luar ketawa terbahak-bahak.

"Cik turun cari kat bawah ya?"

Bas itu mulai bergerak.

"Sabarlah! Nak turunlah ni."

Aizat terus turun dengan muka masam.

Apabila dia turun, dilihatnya begnya berada di atas bumbung kabin yang mana Meena tersenyum melihatnya.

"Awak?!!"

"Bukan saya. Beg tu, terbang tadi." Kata Meena sambil membuat muka double jerk.

"Saya nak ambil macam mana?"

"Terbanglah. Takkan pasang sayap kat beg je?" Balas Meena sambil yang lain ketawa melihat bajunya.

Rupanya baju 'I Love Farm' yang dipakainya mempunyai gambar orang-orang serta burung gagak comel di belakangnya. Termasuklah SAYAP!!

"Aaaargghhhh!" Jeritan nyaring Aizat berjaya memecahkan gegendang telingan semua orang.

0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0-0

0 ulasan:

Catat Ulasan